Isnin, 18 Mei 2009

e-Nilam

Sepatutnya keputusan Nilam dihantar hari ini 19 Mei ke PKG tetapi hanya seorang guru sahaja yang hantar laporan yang diminta minggu lepas, diharap semua guru yang terlibat dapat memberikan kerjasama untuk melancarkan kerja semua pihak demi kebaikan nama baik sekolah.

Apa pun buat lah yang terbaik untuk sekolah kita.

Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah menghadiahkan Anugerah Khas (Bilik Khas Terbaik) kepada Pusat Sumber Sekolah sempena Hari Guru 2009

Jumaat, 15 Mei 2009

BENGKEL PENJILIDAN BUKU

Bengkel Penjilidan Buku PKG BK. Selambau telah berjalan dari 11 hingga 13 Mei 2009.
Banyak yang dapat dipelajari oleh guru dan dapat digunakan untuk membaikpulih buku2 yang rosak di PSS.

Isnin, 4 Mei 2009

PKG Bk Selambau

Hari ini aku cuba hubungi penyelaras pkg bk. selambau ....dapat, aku ingin dapatkan maklumat ttg e-Nilam...katanya akan dibuat bengkel mungkin minggu depan.... senang hatiku dapat maklumat jika tidak risau juga sbb tak tau nak buat camna.

Aku juga cuba dapatkan nasihat dan pertolongan agar beliau dapat menjadi fasi untuk LDP anjuran PSS berkaitan Eduwebtv....insyaalahmoga-moga dapatkalau jadualnyaaaaaaaa kosong pada tarikh yang aku beri.......... TQ

Khamis, 30 April 2009

Pusat maklumat PSS

sesiapa yang melayari blog ini bolehlah memberi sdikit input berkaitan pss supaya boleh menjadi pss cemerlang.....

Selasa, 28 April 2009

sumber maklumat

Dua hari ni pss sekolah dalam proses pemasangan talian komputer dan internet supaya dapat digunakan oleh murid-murid untuk mengakses maklumat........ apa di harap dengan adanya beberapa desktop ini dapat membantu murid untuk mendapatkan maklumat dari talian maya.

Kerjasama semua guru diperlukan bagi melncarkan penggunaan pencarian maklumat melalui internet ini.

Selasa, 21 April 2009

Pertandingan Sajak PPaD KMY1

Hari ini 22 april 2009 menjadi sejarah , bilik PSS digunakan sebagai tempat pertandingan sajak antara sekolah dalam KMY1. Pentas yang baru aku buat digunakan, aku amat berbangga ada guru-guru dari sekolah lain yang memuji keceriaan PSS. Tahniah kepada murid dari skbbsl yang berjaya iaitu Nurdini Raihanah dari 6P.........

Ahad, 1 Mac 2009

sibuk

setiap hari ada perkara yang perlu dibereskan bila saje sampai di sek jam 7 pagi. Ahad perhimpunan rasmi ada cabutan bertuah bacaan jam 7 & jam 10.
Kelas jam 8.45 hingga jam 9.45 REHAT tapi ada kerja yang perlu dibereskan buat kad pelajar petang. Tiap2 hari penuh dengan kerja yang perlu dibereskan.