Ahad, 24 Mei 2009

ceriakan pss

Pagi lagi aku dah mula tugas di pss, buat apa yang patut, then bersama su aku gantungkan maklumat mengenai pereka awal/pencipta awal spt; graham bell,ereka elektrik,wayar, nobel dsb.
sedar-sdar dah pun rehat... exam dah mula , kejap lagi ada kelas pula so tugas aku berhenti sekejap, 12.45 selepas habis kelas akan disambung kembali....

Isnin, 18 Mei 2009

e-Nilam

Sepatutnya keputusan Nilam dihantar hari ini 19 Mei ke PKG tetapi hanya seorang guru sahaja yang hantar laporan yang diminta minggu lepas, diharap semua guru yang terlibat dapat memberikan kerjasama untuk melancarkan kerja semua pihak demi kebaikan nama baik sekolah.

Apa pun buat lah yang terbaik untuk sekolah kita.

Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah menghadiahkan Anugerah Khas (Bilik Khas Terbaik) kepada Pusat Sumber Sekolah sempena Hari Guru 2009

Jumaat, 15 Mei 2009

BENGKEL PENJILIDAN BUKU

Bengkel Penjilidan Buku PKG BK. Selambau telah berjalan dari 11 hingga 13 Mei 2009.
Banyak yang dapat dipelajari oleh guru dan dapat digunakan untuk membaikpulih buku2 yang rosak di PSS.

Isnin, 4 Mei 2009

PKG Bk Selambau

Hari ini aku cuba hubungi penyelaras pkg bk. selambau ....dapat, aku ingin dapatkan maklumat ttg e-Nilam...katanya akan dibuat bengkel mungkin minggu depan.... senang hatiku dapat maklumat jika tidak risau juga sbb tak tau nak buat camna.

Aku juga cuba dapatkan nasihat dan pertolongan agar beliau dapat menjadi fasi untuk LDP anjuran PSS berkaitan Eduwebtv....insyaalahmoga-moga dapatkalau jadualnyaaaaaaaa kosong pada tarikh yang aku beri.......... TQ